Saturday 12 May 2012

Ranggi dan ceria untuk remaja

Sebut sahaja tentang fesyen, remaja paling tepat untuk dijadikan contoh berbanding golongan yang telah berusia. Realitinya industri fesyen sememangnya milik remaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Fenomena fesyen K-pop, Hollywood, retro dan moden, semuanya menjadi taruhan fesyen remaja. Hakikatnya perkembangan ini mempengaruhi penampilan golongan tersebut untuk tampil lebih bergaya.



Sentuhan dari hujung rambut ke hujung kaki nyata membuka ruang buat mereka yang ingin mencuba segala yang baru. Remaja menjadi teruja mencuba pelbagai fesyen seluar, blaus, kemeja-T, skirt panjang dan denim yang melimpah ruah di pasaran. Ini belum dicampur dengan pelbagai aksesori seperti beg tangan, dompet, kasut, tali pinggang, anting-anting, gelang tangan, rantai dan kelip rambut.



Biar tiada wang tapi mesti bergaya - mungkin itulah slogan remaja yang gemar berfesyen. Keinginan koleksi muda daripada Alfio Raldo misalnya, memenuhi keinginan remaja. Ia tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, oren, firus dan hijau. Setiap koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif tanpa ada duanya. 




Bagi koleksi beg, ia didatangkan dengan tali panjang dan pendek untuk kesesuaian gaya tersendiri. Sementara itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk. Koleksi kasut pula mempunyai gaya potongan yang elegan dan menawan dengan rekaan kasual, tumit tinggi, sniker, wedges, selipar dan banyak lagi. Ia menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan fesyen.






Tuesday 8 May 2012

Hukum memakai gelang kaki

Dalam membincangkan isu barang perhiasan wanita, kita tidak lepas dalam membincangkan mengenai loceng dipasang di bahagian kaki. Secara asasnya loceng tersebut boleh menghasilkan bunyi yang menarik perhatian.

Hukum Wanita Memakai Loceng Di Kaki. Anda pernah melihat kanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja.
 


Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

 

Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum haram
pabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Isu ini juga sama jugalah dalam pemakaian kasut sepatu yang mempunyai heel yang tinggi. Apabila seorang wanita berjalan sambil menghentakkan kaki dan menghasilkan bunyi, maka terdapat lelaki yang memandangnya, maka ia secara tidak langsung jatuh hukum haram seperti mana yang termaktub dalam bab tabarruj. Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Wanita & fesyen

Daily Qoutes:

"Once you accept the fact that you're not perfect, then you develop some confidence"
-Rosalynn Carter-


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

WANITA dan fesyen begitu sinonim, tanpanya penampilan diri tidak lengkap. Pemilihan fesyen bersesuaian dengan imej menjadikan penampilan lebih menyerlah. Begitu banyak jenama dan warna untuk dipilih di pasaran tetapi kadangkala sukar mencari yang sesuai dengan imej dan keperibadian.

Apabila sebut fesyen kebiasaanya kita akan kaitkan dengan wanita yang tidak bertudung. Sebagai contoh wanita tidak bertudung boleh mengenakan fesyen pelbagai baju, beg tangan, kasut sehinggalah fesyen rambut. Setiap pilihan aksesori pula menjadi pelegkap gaya, pilihan sedondon warna pakaian, kasut dan beg tangan. Gabungan dua atau tiga warna akan memberi lebih impak jika pandai mengenakannya. 


Kini keadaan telah berubah, pasaran menawarkan pelbagai pilihan gaya dari hujung rambut ke hujung kaki, tampil pelbagai butik-butik pakaian, tudung, aksesori dan kelas-kelas grooming, dan make-up bagi memenuhi permintaan. Butik busana muslimah juga turut memberi pilihan yang berpatutan sehingga esklusif.

Saya lihat wanita bertudung juga sudah pandai mengenakan warna pakaian, beg tangan dan kasut serta tambahan aksesori seperti cermin mata hitam, rantai serta tali pinggang. Namun saya masih berpegang dengan prinsip "less is more". Namun, bagi pemilik bertudung haruslah pandai membuat pilihan jenis tudung dan warna amat penting bagi menampakkan pemiliknya bergaya anggun. 
 
 
 
Saya berpendapat untuk nampak cantik tidak perlu mengenakan jenama baju berjenama Channel atau beg tangan berjenama Guess dan mengenakan kasut berjenama Shuz serta tampil bercermin mata Dior. Cukup dengan gaya busana yang longgar dan berseluar serta bertudung dengan rona tudung sedondon, dan mengenakan hand beg dan kasut yang sedondon (tidak sedondon pun nampak cantik jika kene dengan aksesori lain)dan hasilnya 'you look gorgeous'. Nanti kita diskas tentang fesyen-fesyen yang sesuai dengan muslimah yang trendy.

Istimewa ke majlis makan malam

Saya pasti setiap anda yang menerima jemputan ke majlis makan malam semestinya perkara pertama yang difikirkan adalah pakaian yang hendak digayakan. 

Kelihatan jelita dan menarik pasti menjadi impian bagi setiap anda yang akan ke majlis makan malam itu nanti. Gaya yang ‘simple’, sempurna, dan sesuai dengan keadaan boleh menjadikan anda sebagai ratu pada malam itu. Hmm..siapa tahu andalah orangnya.

Kali ini saya telah sediakan satu contoh gaya pakaian yang ‘simple’ tetapi bergaya istimewa untuk ke majlis makan malam. 

Idea yang telah digayakan oleh Aimi Syahirah ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran yang menarik untuk anda tampil hebat.

Idea yang telah disediakan oleh Aimi ini sesuai buat anda yang bertudung mahupun tidak. ‘Trend’ skirt bertingkat kini menjadi semakin popular, jadi apakata kali ini anda memilihnya sebagai salah satu helaian yang akan disarungkan pada malam itu nanti.. 

Alunannya dari atas hingga ke bawah menjadikan anda seorang gadis yang ayu. Menarik, Aimi memilih skirt bertingkat yang berlisu dan merah telah menjadi pilihannya. Jadi warna apa yang menjadi pilihan anda pula?

*elakkan memilih warna-warna kusam seperti kelabu!

Oleh kerana skirt yang digayakan sudah cukup untuk menjadikan menjadikan Aimi seorang yang bergaya jadi, pemilihan t’shirt tanpa corak telah menjadikan gayanya lebih seimbang. Ditambah pula dengan aksesori di pingang akan lebih menampakkan bentuk tubuhnya.

*pastikan t-shirt yang digayakan mempunyai warna yang berbeza dengan skirt dan elakan mengayakan helaian yang bercorak!

Penggayaan turban lebih menjadikan Aimi seorang yang ‘trendy’ kerana turban menjadi semakin popular masa kini. Sesuai bagi anda yang tidak bertudung juga. Sempuranakan gayamu dengan menyarungkan kasut istimewa mu!

Jadi saya harap anda telah mendapat gambaran gaya anda ke majlis makan malam itu nanti!


Skirt labuh yang menawan

BOSAN dengan penampilan berseluar sama ada ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar bersama rakan? 

Ayuh variasikan almari anda dengan skirt yang bakal memberi sentuhan elegan dan menawan kepada si pemakainya. 

Pabila menyebut tentang skirt, perkara pertama yang dibayangkan pastinya skirt pendek paras lutut atau lebih singkat yang memberi imej seksi kepada si pemakai lalu memberi batasan kepada mereka yang bertudung. 

Usah gusar kerana skirt labuh kini menjadi pelengkap gaya terkini buat semua wanita terutamanya yang berjilbab.

Sesuai dengan trend terkini yang menggunakan teknik colour blocking iaitu dua atau lebih pakaian berwarna polos yang berbeza digabungkan bersama, skirt kosong tanpa corak menjadi pilihan anak muda zaman sekarang.

LabuhSkirt labuh separa kembang daripada kain kapas-lycra dipakai bersama blaus mahupun kemeja pasti membuatkan si fashionista tampak lebih ayu dan mempesona. 

Di butik RNRconcept yang bertapak secara online di http://www.facebook.com/rnrconcept, pelbagai warna skirt labuh separa kembang yang boleh ditempah khas mengikut ukuran pinggang serta ketinggian pelanggan. 

Pemilik butik, Rabbiatul Najua Rosman berkata, produk mereka sesuai untuk wanita moden muslimah yang mementingkan gaya tetapi masih dalam keadaan yang sopan. 

"Sehingga 16 warna kain berlainan boleh dipilih dan ukuran pinggang serta panjang skirt tersebut ditempah khas mengikut ukuran yang diberikan pelanggan kami. 

"produk RNRconcept menggunakan material gabungan kain kapas, polister dan lycra iaitu kapas-lycra yang lebih berkualiti daripada material jersi-lycra. 




"Perkembangan fesyen tempatan menyaksikan gaya yang lebih sederhana dan elegan dengan menggabungkan pakaian berwarna polos menggunakan konsep colour blocking, sesuai dengan produk di RNRconcept," ujarnya. 

Selain skirt, RNRconcept turut menyediakan beberapa pilihan gaun maksi daripada saiz S hingga L dan panjangnya turut akan dipotong mengikut kehendak pelanggan.

Tuesday 24 April 2012

Tips memilih busana muslimah

1. Pilihlah busana muslimah yang tidak ketat. Akan lebih baik apapun ukuran baju yang biasa kita pakai, ambillah satu saiz yang lebih besar dari biasanya. Ini bertujuan untuk menghindari  bentuk badan yang  terlihat kerana baju yang kita kenakan akan melekat ketat dan menempel di badan kita sehingga tampak bentuk tubuh.


2. Pilihlah busana muslimah yang sesuai dengan aktiviti kita.

3. Pilihlah busana muslimah yang sesuai dengan lingkungan/tempat tinggal. Contoh: orang yang tinggal di  luar negara yang bercuaca sejuk tentu berbusana yang berbeza dengan orang yang berada di Malaysia yang bercuaca panas.


4. Pilihlah bahan busana yang sesuai dan nyaman untuk kita pakai.

5. Pilih busana yang menyamarkan kekurangan tubuh agar anda tampil keyakinan diri. Misalnya dari segi bahan, orang yang berbadan kurus sebaiknya menggunakan pakaian yang terkesan bertumpuk, dan orang berbadan besar gunakanlah bahan yang terkesan ringan. Dari segi warna, bagi yang berbadan besar warna gelap akan tampak lebih mengesankan.

6. Untuk melengkapi tampilan busana muslimah kita yang sudah sesuai, kenakankan tudung yang tetap menutupi bahagian leher. Ini akan membuat kita tampil anggun dan santun.



 

Trend fesyen muslimah terkini

Fesyen bermaksud mode atau gaya berpakaian yang  popular dalam suatu budaya.  Fesyen  dalam bahasa inggris adalah fashion.  Fesyen  Muslimah adalah gaya berpakaian seorang muslimah yang mengikuti trend yang popular pada saat itu tanpa melanggar  hukum syara'. Fesyen muslimah itu sendiri biasanya tertarik dengan busana muslim. Setiap kita membicarakan fesyen muslim tentu yang terpikirkan oleh kita adalah busana nya.



Fesyen muslimah (busana muslim) menjadi trend saat ini (2012), mengalahkan trend baju lainnya yang bertema baju utk mkn malam, baju pesta, baju utk ke pejabat, dll. Hal ini bisa kita lihat disekitar kita  banyak yang memakai baju muslim dlm seharian mereka. Bukan hanya muslimah yang berumur saja yang berbaju muslim, tetapi juga gadis remaja dan anak-anak. Padahal dahulu busana muslim hanya dikenakan oleh muslim yang berumur saja. Mengapa ini blh terjadi? Mengapa busana muslim blh menjadi trend seperti sekarang ini? Hal ini tidak terlepas dari peranan para hijabber yang tergabung dalam Hijabbers Community. Merekalah yang telah mensosialisasikan pemakaian hijab dan busana muslim  agar terlihat  stylist. Selain itu peran para designer muda busana muslim juga turut berperanan besar dalam hal ini. Salah satu designer muda busana muslim yang berbakat itu adalah Dian Pelangi.

Banyak alasan mengapa mereka menyukai fesyen muslimah(busana muslim). Fesyen muslimah memiliki model dan design yang elegen sehingga bisa digunakan untuk acara formal atau pesta. Selain itu jika digunakan untuk busana sehari-hari atau jalan-jalanpun tetap terasa nyaman dengan memakai baju yang berbahan kaos atau katun.

Dengan fesyen muslimah(busana muslim), tentunya para muslimah akan terlihat lebih santun, anggun, dan  syar’i. Selain itu kita juga bisa menjauhkan diri kita dari pandangan yang negatif serta gangguan orang jahat.





Tuesday 3 April 2012

Imej kanak-kanak Muslim


Salam sayang buat semua.
 







SABDA Rasulullah SWT, jika seorang anak sudah mengetahui (membezakan) tangan kanannya dari tangan kirinya, maka latihlah dia menunaikan solat.


Sungguhpun begitu, seorang ibu perlu memahami bahawa penentuan had usia mula bersolat menurut hadis itu jika diteliti secara mendalam sebenarnya turut merangkumi beberapa aspek wajib lain seperti mana patut dilaksanakan anak yang mumayyiz.


Antaranya adalah mendidik mereka terhadap keperluan menutup aurat di hadapan bukan mahram, bermula pada usia muda.

Sebagai seorang Muslim, setiap anak yang mulai memasuki usia baligh perlu diterapkan nilai sebagai seorang Islam terutama membabitkan adab berpakaian.

kehidupan moden tidak seharusnya dijadikan batasan bagi kita sendiri mengamalkan ajaran suruhan-Nya kerana Islam itu tidak pernah menyusahkan malah boleh diikuti sepanjang zaman.

Oleh itu, sekarang ini banyak terdapat fesyen kanak-kanak Muslimah.

INFO

Panduan mendidik anak perempuan menjaga penampilan



* Imej Muslimah bukan sekadar menutup aurat tapi anak-anak juga perlu dididik berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan keadaan.


* Didik anak menyuai padan baju dan menggosok baju, termasuk baju tidur supaya amalan ini dapat diteruskan apabila meningkat dewasa.


* Tetapkan etika berpakaian untuk anak, walaupun anak berusia tujuh tahun ke bawah tidak diwajibkan memakai tudung. Namun begitu, anak yang berusia 9 tahun (usia baligh bagi anak perempuan) dimestikan memakai tudung apabila keluar rumah.


* Seluar dan skirt mestilah labuh dan mencecah buku lali.


* Buat spa di rumah untuk anak menggunakan bahan dari dapur sendiri kerana aktiviti sebegini mampu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.









Tuesday 20 March 2012

Pemakaian tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram?


Selamat hari selasa. Beberapa hari lepas saya terlihat sebuah “poster” yang amat menarik untuk dikongsi kat blog ni, mengenai fesyen pemakaian tudung. Saya bukan nak tulis entry mengenai “Kewajipan memakai tudung” atau “Kelebihan memakai tudung” atau aurat antara sepupu, sebaliknya nak mengajak para wanita muhasabah diri mengenai cara pemakaian tudung mereka, sama ada ianya bersesuaian dengan syara’ ataupun hanya merosakkan lagi nama Islam. Mari tengok fesyen pemakaian tudung yang salah atau menyerupai pakaian agama lain (walaupun menutup aurat) :

1. Tudung yang bersanggul

 

Larangan tudung bersanggul ini adalah daripada hadis Nabi Muhammad sendiri, seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas:

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:

1. Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia, dan

2. Para wanita yang berpakaian tapi bertelanjang, berlenggang- lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)

2. Fesyen tudung yang menyerupai biarawati Kristian




Maka, sebagai seorang muslimah kita perlulah berhati-hati dalam menghiasi diri dan mestilah mengikut hukum syarak yang ditetapkan dalam Islam untuk mendapat ganjaran dariNya.


 

Fesyen muslimah

Salam semua..

Seperti yang kita semua sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].




"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)




Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud.

.

Sebagai muslimah, kita perlu menjaga aurat untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat agar hidup diredhai oleh Allah Taala.