Tuesday 8 May 2012

Istimewa ke majlis makan malam

Saya pasti setiap anda yang menerima jemputan ke majlis makan malam semestinya perkara pertama yang difikirkan adalah pakaian yang hendak digayakan. 

Kelihatan jelita dan menarik pasti menjadi impian bagi setiap anda yang akan ke majlis makan malam itu nanti. Gaya yang ‘simple’, sempurna, dan sesuai dengan keadaan boleh menjadikan anda sebagai ratu pada malam itu. Hmm..siapa tahu andalah orangnya.

Kali ini saya telah sediakan satu contoh gaya pakaian yang ‘simple’ tetapi bergaya istimewa untuk ke majlis makan malam. 

Idea yang telah digayakan oleh Aimi Syahirah ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran yang menarik untuk anda tampil hebat.

Idea yang telah disediakan oleh Aimi ini sesuai buat anda yang bertudung mahupun tidak. ‘Trend’ skirt bertingkat kini menjadi semakin popular, jadi apakata kali ini anda memilihnya sebagai salah satu helaian yang akan disarungkan pada malam itu nanti.. 

Alunannya dari atas hingga ke bawah menjadikan anda seorang gadis yang ayu. Menarik, Aimi memilih skirt bertingkat yang berlisu dan merah telah menjadi pilihannya. Jadi warna apa yang menjadi pilihan anda pula?

*elakkan memilih warna-warna kusam seperti kelabu!

Oleh kerana skirt yang digayakan sudah cukup untuk menjadikan menjadikan Aimi seorang yang bergaya jadi, pemilihan t’shirt tanpa corak telah menjadikan gayanya lebih seimbang. Ditambah pula dengan aksesori di pingang akan lebih menampakkan bentuk tubuhnya.

*pastikan t-shirt yang digayakan mempunyai warna yang berbeza dengan skirt dan elakan mengayakan helaian yang bercorak!

Penggayaan turban lebih menjadikan Aimi seorang yang ‘trendy’ kerana turban menjadi semakin popular masa kini. Sesuai bagi anda yang tidak bertudung juga. Sempuranakan gayamu dengan menyarungkan kasut istimewa mu!

Jadi saya harap anda telah mendapat gambaran gaya anda ke majlis makan malam itu nanti!


No comments:

Post a Comment