Tuesday, 8 May 2012

Skirt labuh yang menawan

BOSAN dengan penampilan berseluar sama ada ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar bersama rakan? 

Ayuh variasikan almari anda dengan skirt yang bakal memberi sentuhan elegan dan menawan kepada si pemakainya. 

Pabila menyebut tentang skirt, perkara pertama yang dibayangkan pastinya skirt pendek paras lutut atau lebih singkat yang memberi imej seksi kepada si pemakai lalu memberi batasan kepada mereka yang bertudung. 

Usah gusar kerana skirt labuh kini menjadi pelengkap gaya terkini buat semua wanita terutamanya yang berjilbab.

Sesuai dengan trend terkini yang menggunakan teknik colour blocking iaitu dua atau lebih pakaian berwarna polos yang berbeza digabungkan bersama, skirt kosong tanpa corak menjadi pilihan anak muda zaman sekarang.

LabuhSkirt labuh separa kembang daripada kain kapas-lycra dipakai bersama blaus mahupun kemeja pasti membuatkan si fashionista tampak lebih ayu dan mempesona. 

Di butik RNRconcept yang bertapak secara online di http://www.facebook.com/rnrconcept, pelbagai warna skirt labuh separa kembang yang boleh ditempah khas mengikut ukuran pinggang serta ketinggian pelanggan. 

Pemilik butik, Rabbiatul Najua Rosman berkata, produk mereka sesuai untuk wanita moden muslimah yang mementingkan gaya tetapi masih dalam keadaan yang sopan. 

"Sehingga 16 warna kain berlainan boleh dipilih dan ukuran pinggang serta panjang skirt tersebut ditempah khas mengikut ukuran yang diberikan pelanggan kami. 

"produk RNRconcept menggunakan material gabungan kain kapas, polister dan lycra iaitu kapas-lycra yang lebih berkualiti daripada material jersi-lycra. 




"Perkembangan fesyen tempatan menyaksikan gaya yang lebih sederhana dan elegan dengan menggabungkan pakaian berwarna polos menggunakan konsep colour blocking, sesuai dengan produk di RNRconcept," ujarnya. 

Selain skirt, RNRconcept turut menyediakan beberapa pilihan gaun maksi daripada saiz S hingga L dan panjangnya turut akan dipotong mengikut kehendak pelanggan.

No comments:

Post a Comment