Saya pasti setiap anda yang menerima
jemputan ke majlis makan malam semestinya perkara pertama yang
difikirkan adalah pakaian yang hendak digayakan.
Kelihatan jelita dan
menarik pasti menjadi impian bagi setiap anda yang akan ke majlis makan
malam itu nanti. Gaya yang ‘simple’, sempurna, dan sesuai dengan keadaan
boleh menjadikan anda sebagai ratu pada malam itu. Hmm..siapa tahu
andalah orangnya.
Kali
ini saya telah sediakan satu contoh gaya pakaian yang ‘simple’ tetapi
bergaya istimewa untuk ke majlis makan malam.
Idea yang telah digayakan
oleh Aimi Syahirah ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran yang
menarik untuk anda tampil hebat.
Idea yang telah disediakan oleh Aimi ini sesuai buat anda yang
bertudung mahupun tidak. ‘Trend’ skirt bertingkat kini menjadi semakin
popular, jadi apakata kali ini anda memilihnya sebagai salah satu
helaian yang akan disarungkan pada malam itu nanti..
Alunannya dari atas
hingga ke bawah menjadikan anda seorang gadis yang ayu. Menarik, Aimi
memilih skirt bertingkat yang berlisu dan merah telah menjadi
pilihannya. Jadi warna apa yang menjadi pilihan anda pula?
*elakkan memilih warna-warna kusam seperti kelabu!
Oleh kerana skirt yang digayakan sudah
cukup untuk menjadikan menjadikan Aimi seorang yang bergaya jadi,
pemilihan t’shirt tanpa corak telah menjadikan gayanya lebih seimbang.
Ditambah pula dengan aksesori di pingang akan lebih menampakkan bentuk
tubuhnya.
*pastikan t-shirt yang digayakan mempunyai warna yang berbeza
dengan skirt dan elakan mengayakan helaian yang bercorak!
Penggayaan turban lebih menjadikan Aimi
seorang yang ‘trendy’ kerana turban menjadi semakin popular masa kini.
Sesuai bagi anda yang tidak bertudung juga. Sempuranakan gayamu dengan
menyarungkan kasut istimewa mu!
Jadi saya harap anda telah mendapat gambaran gaya anda ke majlis makan malam itu nanti!
No comments:
Post a Comment