Saturday, 12 May 2012

Ranggi dan ceria untuk remaja

Sebut sahaja tentang fesyen, remaja paling tepat untuk dijadikan contoh berbanding golongan yang telah berusia. Realitinya industri fesyen sememangnya milik remaja, tidak kira lelaki atau perempuan. Fenomena fesyen K-pop, Hollywood, retro dan moden, semuanya menjadi taruhan fesyen remaja. Hakikatnya perkembangan ini mempengaruhi penampilan golongan tersebut untuk tampil lebih bergaya.



Sentuhan dari hujung rambut ke hujung kaki nyata membuka ruang buat mereka yang ingin mencuba segala yang baru. Remaja menjadi teruja mencuba pelbagai fesyen seluar, blaus, kemeja-T, skirt panjang dan denim yang melimpah ruah di pasaran. Ini belum dicampur dengan pelbagai aksesori seperti beg tangan, dompet, kasut, tali pinggang, anting-anting, gelang tangan, rantai dan kelip rambut.



Biar tiada wang tapi mesti bergaya - mungkin itulah slogan remaja yang gemar berfesyen. Keinginan koleksi muda daripada Alfio Raldo misalnya, memenuhi keinginan remaja. Ia tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, merah jambu, oren, firus dan hijau. Setiap koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif tanpa ada duanya. 




Bagi koleksi beg, ia didatangkan dengan tali panjang dan pendek untuk kesesuaian gaya tersendiri. Sementara itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk. Koleksi kasut pula mempunyai gaya potongan yang elegan dan menawan dengan rekaan kasual, tumit tinggi, sniker, wedges, selipar dan banyak lagi. Ia menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan fesyen.






Tuesday, 8 May 2012

Hukum memakai gelang kaki

Dalam membincangkan isu barang perhiasan wanita, kita tidak lepas dalam membincangkan mengenai loceng dipasang di bahagian kaki. Secara asasnya loceng tersebut boleh menghasilkan bunyi yang menarik perhatian.

Hukum Wanita Memakai Loceng Di Kaki. Anda pernah melihat kanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja.
 


Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

 

Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum haram
pabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Isu ini juga sama jugalah dalam pemakaian kasut sepatu yang mempunyai heel yang tinggi. Apabila seorang wanita berjalan sambil menghentakkan kaki dan menghasilkan bunyi, maka terdapat lelaki yang memandangnya, maka ia secara tidak langsung jatuh hukum haram seperti mana yang termaktub dalam bab tabarruj. Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Wanita & fesyen

Daily Qoutes:

"Once you accept the fact that you're not perfect, then you develop some confidence"
-Rosalynn Carter-


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

WANITA dan fesyen begitu sinonim, tanpanya penampilan diri tidak lengkap. Pemilihan fesyen bersesuaian dengan imej menjadikan penampilan lebih menyerlah. Begitu banyak jenama dan warna untuk dipilih di pasaran tetapi kadangkala sukar mencari yang sesuai dengan imej dan keperibadian.

Apabila sebut fesyen kebiasaanya kita akan kaitkan dengan wanita yang tidak bertudung. Sebagai contoh wanita tidak bertudung boleh mengenakan fesyen pelbagai baju, beg tangan, kasut sehinggalah fesyen rambut. Setiap pilihan aksesori pula menjadi pelegkap gaya, pilihan sedondon warna pakaian, kasut dan beg tangan. Gabungan dua atau tiga warna akan memberi lebih impak jika pandai mengenakannya. 


Kini keadaan telah berubah, pasaran menawarkan pelbagai pilihan gaya dari hujung rambut ke hujung kaki, tampil pelbagai butik-butik pakaian, tudung, aksesori dan kelas-kelas grooming, dan make-up bagi memenuhi permintaan. Butik busana muslimah juga turut memberi pilihan yang berpatutan sehingga esklusif.

Saya lihat wanita bertudung juga sudah pandai mengenakan warna pakaian, beg tangan dan kasut serta tambahan aksesori seperti cermin mata hitam, rantai serta tali pinggang. Namun saya masih berpegang dengan prinsip "less is more". Namun, bagi pemilik bertudung haruslah pandai membuat pilihan jenis tudung dan warna amat penting bagi menampakkan pemiliknya bergaya anggun. 
 
 
 
Saya berpendapat untuk nampak cantik tidak perlu mengenakan jenama baju berjenama Channel atau beg tangan berjenama Guess dan mengenakan kasut berjenama Shuz serta tampil bercermin mata Dior. Cukup dengan gaya busana yang longgar dan berseluar serta bertudung dengan rona tudung sedondon, dan mengenakan hand beg dan kasut yang sedondon (tidak sedondon pun nampak cantik jika kene dengan aksesori lain)dan hasilnya 'you look gorgeous'. Nanti kita diskas tentang fesyen-fesyen yang sesuai dengan muslimah yang trendy.

Istimewa ke majlis makan malam

Saya pasti setiap anda yang menerima jemputan ke majlis makan malam semestinya perkara pertama yang difikirkan adalah pakaian yang hendak digayakan. 

Kelihatan jelita dan menarik pasti menjadi impian bagi setiap anda yang akan ke majlis makan malam itu nanti. Gaya yang ‘simple’, sempurna, dan sesuai dengan keadaan boleh menjadikan anda sebagai ratu pada malam itu. Hmm..siapa tahu andalah orangnya.

Kali ini saya telah sediakan satu contoh gaya pakaian yang ‘simple’ tetapi bergaya istimewa untuk ke majlis makan malam. 

Idea yang telah digayakan oleh Aimi Syahirah ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran yang menarik untuk anda tampil hebat.

Idea yang telah disediakan oleh Aimi ini sesuai buat anda yang bertudung mahupun tidak. ‘Trend’ skirt bertingkat kini menjadi semakin popular, jadi apakata kali ini anda memilihnya sebagai salah satu helaian yang akan disarungkan pada malam itu nanti.. 

Alunannya dari atas hingga ke bawah menjadikan anda seorang gadis yang ayu. Menarik, Aimi memilih skirt bertingkat yang berlisu dan merah telah menjadi pilihannya. Jadi warna apa yang menjadi pilihan anda pula?

*elakkan memilih warna-warna kusam seperti kelabu!

Oleh kerana skirt yang digayakan sudah cukup untuk menjadikan menjadikan Aimi seorang yang bergaya jadi, pemilihan t’shirt tanpa corak telah menjadikan gayanya lebih seimbang. Ditambah pula dengan aksesori di pingang akan lebih menampakkan bentuk tubuhnya.

*pastikan t-shirt yang digayakan mempunyai warna yang berbeza dengan skirt dan elakan mengayakan helaian yang bercorak!

Penggayaan turban lebih menjadikan Aimi seorang yang ‘trendy’ kerana turban menjadi semakin popular masa kini. Sesuai bagi anda yang tidak bertudung juga. Sempuranakan gayamu dengan menyarungkan kasut istimewa mu!

Jadi saya harap anda telah mendapat gambaran gaya anda ke majlis makan malam itu nanti!


Skirt labuh yang menawan

BOSAN dengan penampilan berseluar sama ada ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar bersama rakan? 

Ayuh variasikan almari anda dengan skirt yang bakal memberi sentuhan elegan dan menawan kepada si pemakainya. 

Pabila menyebut tentang skirt, perkara pertama yang dibayangkan pastinya skirt pendek paras lutut atau lebih singkat yang memberi imej seksi kepada si pemakai lalu memberi batasan kepada mereka yang bertudung. 

Usah gusar kerana skirt labuh kini menjadi pelengkap gaya terkini buat semua wanita terutamanya yang berjilbab.

Sesuai dengan trend terkini yang menggunakan teknik colour blocking iaitu dua atau lebih pakaian berwarna polos yang berbeza digabungkan bersama, skirt kosong tanpa corak menjadi pilihan anak muda zaman sekarang.

LabuhSkirt labuh separa kembang daripada kain kapas-lycra dipakai bersama blaus mahupun kemeja pasti membuatkan si fashionista tampak lebih ayu dan mempesona. 

Di butik RNRconcept yang bertapak secara online di http://www.facebook.com/rnrconcept, pelbagai warna skirt labuh separa kembang yang boleh ditempah khas mengikut ukuran pinggang serta ketinggian pelanggan. 

Pemilik butik, Rabbiatul Najua Rosman berkata, produk mereka sesuai untuk wanita moden muslimah yang mementingkan gaya tetapi masih dalam keadaan yang sopan. 

"Sehingga 16 warna kain berlainan boleh dipilih dan ukuran pinggang serta panjang skirt tersebut ditempah khas mengikut ukuran yang diberikan pelanggan kami. 

"produk RNRconcept menggunakan material gabungan kain kapas, polister dan lycra iaitu kapas-lycra yang lebih berkualiti daripada material jersi-lycra. 




"Perkembangan fesyen tempatan menyaksikan gaya yang lebih sederhana dan elegan dengan menggabungkan pakaian berwarna polos menggunakan konsep colour blocking, sesuai dengan produk di RNRconcept," ujarnya. 

Selain skirt, RNRconcept turut menyediakan beberapa pilihan gaun maksi daripada saiz S hingga L dan panjangnya turut akan dipotong mengikut kehendak pelanggan.