Salam semua..
Seperti yang kita semua sedia maklum, aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua
telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki
ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut
sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
"Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Bahawa
Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan
pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun
berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan
yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah
bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud.
Sebagai muslimah, kita perlu menjaga aurat untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat agar hidup diredhai oleh Allah Taala.
No comments:
Post a Comment